Khamis, 6 Oktober 2016
FINAL EXAM
Harini aku dengan dia first paper. Macam mana aku tahu paper dia? Hehh ada laaa. Bukan takat tahu satu paper je. Semua paper dia siap dengan masa dengan tempat sekali aku tahu tau. Huhuhu. Paper aku macam mana tadi? Hehh. Tak payah citer laa. Dia punya koyak. Allah jelah yang tahu. Aku ingat aku sorang je koyak. Ramai jugak la yang keluar muka muncong ke depan. Huhuhu. K k aku sebenarnya bukanlah nak coter pasal paper tadi. Aku nak citer pasal semalam sebenarnya. Emm. I don't know why lately ni aku macam obses sangat kat dia. Sampaikan nak study pon teringat. Emm agaknya sebab tu kot aku tak dapat jawap. Bukan tu je. Semalam aku tidur petang, okey laa biasa aku tak ada masalah pon. Tapi semalam aku boleh mimpi aku wassep dia weh... Aku tanya dia kenal aku ke tak. Pastu aku cakap apa lagi cuma dia ada reply kata "kaulah WANEYOMAR tu?" Wehhh. Gila tak gila. Dah la tu. Dia cakap lagi. Yang time tu dia dah ada wife and wife dia tengah pregnant anak dorang? Fuhhh macam nak meleleh jugak la airmata bila dia cakap macam tu. tapi bila ingat balik. Bila pulak dia kawin. Haaa. Dan dan teriba aku ada kat rumah dia kot. Anak buah dia yang si Akid tu tengah main tangga dengan abang ipar dia. Yang ada kat rumah dia time tu ada aku,adik dia, abang ipar dia dengan akak dia yang muka sebijik tuh. Adik dia tengah main pistol dengan anak buah dia. Itupon after dia sah penat main kat tangga. Tah macam mana aku terjaga pulak. Dah terjaga terus sakit kepala. Mana taknya tidur petang baik punya lama. Hahahaha. Okey habis dah petang. Lani nak citer malam pulak. After aku dah habis study aku baring la dekat atas katil sambil tengok last seen dia. Sambil sambil tu aku wassep si ajim. Lepas dah reply wassep dia aku pon tengok balik last seen aidi. Entah mana silap nya. Aku letak fon kat bawah bantal tetiba bunyi wassep masuk. Setahu aku ajim dah tidur. Bila aku bukak noti dia yang wassep 😱. I means aidi wassep? Gila + sawan babi aku di buat nya. Apahal and macam mana dia boleh dapat number aku? Emm rupanya aku TERTYPE and TERSEND dekat dia. Dia just reply (.) je. Tapi okey laa dari tak ada. Huhuhuu... Tak pelahh. Benda ni aku simpan buat kenangan kite. Even tak ada jodoh nnti aku cerita jugak benda ni dengan anak aku pasal kau 😘😘
Khamis, 22 September 2016
SEBULAN LAGI
Siapa sangka aku dah hampir habis kan diploma. Banyak jugak la dugaan aku sem ni. Dari satu per satu masalah datang. Dari tak dapat kolej ke tak boleh nak register subject sampai satu tahap aku menangis cakap dengan ibu "aku giveup tak nak teruskan dah ." Nasib la ibu pandai pujuk aku. Yelah kasih ibu kan. Tahu kelemahan anak dia. Lepas tu dengan adik aku accident nasib baik tade apa-apa. Dengan perangai kawan lagi. Well... Dah duduk dekat U ni kan. Mana ada student yang tak ada masalah dengan member sendiri. Tipulah kalau kawan kau tu tak pernah sentap dengan perangai kau sendiri. Harap nya sem ni last laa untuk DIPLOMA IN BANKING ni. Penat weh nak mengadap. Hahahahaha. Boyfriend????? Emmm entah laaa. Aku pon tak tahu. Syahmin ada laa sekali kot aku jumpa dia masa before masuk sem. Lepastu hilang terbawa lukisan hatimu jelah. Aku tak tahu la apa masalah dia. Sampai boleh delete SEMUA gambar kitorang kat ig dia. Tak hangin pulak aku. Wahhhh. Aku delete gambar dia satu dalam ig aku. Bukan main lagi nak merajuk. Lani dia delte gambar aku. Ehhh dia jugak nak merajuk apahal. Kk citer pasal ig. Boleh pulak kene heck. Aduhhhh. Dah la ada dm dengan Aidi dalam tu. emm nasib sempat screenshot. Kalau tak sesia jee. Tak ada bukti, ehh kenangan maksudnya. Aidi??? Emm entah laaa. Kadang kadang aku rasa dia ni rapat je dengan aku. Macam dia tengah stalk aku jugak. Sebabnya kawan dia Hani tetiba like tweet aku wish birthday si aidi haritu. Padahal dia tak follow twitter aku pon. Emmm. Tapi aku rasa aku ni perasan jelah kot. Heh! Mana mungkin dia nak stalk aku. Dia sendiri kata dia tak kenal aku. Takkan dia nak menipu pulak kan. Tak ada sebab pon dia nak tipu aku. Tapi biar jelah. Aku berserah je. If ada miracle berjumpa lah balik. Aku cuma harap dia ingat aku balik jee. And if dia only say HAI dekat aku. Kau tengok aku kejar dia nanti macam mana. Tapi tu pon kalau dia say hai laaaaa. Kalau tak. Memang tak ada jodoh lattew 😔😔
Selasa, 26 Julai 2016
Nothing To Do
Hai gais. Hahaha. Okey laa. Harini nak update pasal apa ehh? Okey dah tau dah. Kite citer pasal aidi dulu kot. Well if ada yang before this baca blog ni maybe dah bosan kot sebab asyik cerita pasal aidi je. Tapi peduli apa aku? Hahaha. K k macam ni citer dia. Aku selalu la stalk dia. Even aku rasa dia dengan aku memang dah terlalu jauh. And aku memang sure gila aku tak boleh dapat dia balik. But I'm still waiting for him until aku dapat tahu yang dia tu dah ada pengganti EX dia. And pengganti dia tu yang terakhir. Tak pe kot macam ni. Atleast aku tahu apa dia buat. Okey okey. Berbalik dengan aku suka sangat stalk dia tu kan. Aku ada lah namapak gambar gambar dia yang berjambang. So aku pon macam. Pehal kau ni berjambang bagai. Tak cool weh. Tapi aku tak ada lah cakap dekat dia macam tu. well orang pon tahu aku ni jenis tak berani bila bab bab hati ni. Tapi aku ada lah tulis kat twitter pasal dia. Pasal jambang dia tu tak sesuai dengan muka dia. Yelah. Muka cina kot tetiba ada jambang memang tak kene langsung. After 10 days macam tu aku tengok dia dah buang jambang dia tu. Entah lah. Nak kata dia tu stalk aku. Macam tak je, lagi pulak dia kata dia tak kenal aku kan. Mana mungkin dia nak stalk aku. Tapi tulah. Aku still pelik lagi lah. Macam mana dia boleh kebetulan buang jambang dia tu lepas aku tweet. Emmm. Positif laa. Dia rimas kot. Tak pon dia nak nampak lagi kemas. Tu yang dia pergi cukur jambang dia tu. okey laa dah lebih positif dah ni. Hahaha. Tapi if dia betullah terstalk aku ke. Aku tak marah. Aku tak dendam dah dengan dia. So kalau boleh aku nak sangat dia contact aku balik. Aku rindu dia. Aku rindu kenangan dengan dia. Serious dia lelaki first yang buat aku terharu. Sanggup datang jumpa aku mintak tolong abang dia hantar kat tempat aku semata mata nak meet up. Bila aku ingat balik mesti tersenyum. Aku tahu mungkin dia dah tak ingat aku dah. Mungkin dia dah buang aku jauh. Jauh dari dia. Tak pe. Aku redha. Cuma aku nak tengok dia dari jauh je. And if dia nak contact aku balik. Nak datang balik dalam hidup aku. Aku alu alu kan even it just as a friend. Well. Take care aidi.
Selasa, 26 April 2016
Tak percaya mungkin
Ya Allah. Bagilah ketabahan hati kepada hambamu ini. Aku still tertanya tanya betul ke dia Aidi yang aku pernah kenal? Aku try find another aidi lagi. Habis semua Aidi aku add kat FB semata nak cari dia. Entah laa. Aku still tak percaya yang Aidy aku tanya tu is the same Aidi yang aku cari. No!! Memang la pasal adik beradik dia tu macam betul ada sorang abg ada kakak ada adik lelaki dengan perempuan. Muka mix cina. Tapi mana tahu kan orangnya lain. Lagi satu aku tak tahu pon Aidy tu orang mana, sekolah mana semua. Tah tah bukan orang Klang ke kan. Location pon haritu aku tengok bfore unfollow. Tak ada pulak dia letak kat klang ke apa. Emmm. Sokey laa. If da jodoh jumpa dia tak kemana pon kan. Lama lama macam ni aku boleh give up kot. Bukan kejap aku try cari dia. Dekat 4 tahun dah. Bila dah mula nak dapat. Ada je benda menghalang. Benci sangat ke dia kat aku sampai aku tak boleh nak jumpa dia nih. Dia sumpah tanak jumpa aku lagi le macam mna? Aku tak kisah kot dia dah happy ke. Bahagia ke. Aku bukan nak rampax kebahagiaan dia. Aku just nak kawan balik je dengan dia. Entah laa. Sampai lah birthday dia yang ke-21 nanti. Aku rasa aku nak quit. Quit dari cari dia. Penat laa. Bukan dia nampak pon apa yang aku dah buat untuk dia selama ni. Macam mana aku malukan diri tanya tanya orang pasal dia. Serius aku penat buat semua ni.
Khamis, 14 April 2016
My ex-boyfriend ?
Aku dah jumpa first love aku . YEYY.Semangatnya aku.Allah jelah yang tahu. Sempat lagi menangis sebab happy dapat jumpa dia .yelah dah lebih 4 tahun kot aku try find him. Aku tanya semua orang . Aku tanya jiran dia. Aku tanya kawan jiran dia. Aku tanya kawan kawan dia. Ex-schoolmate dia. Semua kata tak kenal dia. Ehh memula tu time aku tanya memang la rasa giveup jugak. Tapi tiap kali ex-anniversary kitorang aku mesti cari dia. Even aku tahu memang tak ada jodoh between us. Tapi aku tak kisah. Aku just nak jumpa dia. Nak tengok dia sekarang. Well tapi lepas aku jumpa dia. Ehh silap jumpa fb and instagram dia. Lepas aku tanya dia ingat aku ke tak. He say 'tak pun'. What is tak pon? Ohmaigod . Aku rasa macam menyesal. Menyesal dan sangat menyesal. Tak pasal pasal aku menangis pasal dia ? Heh! Kenapa aku menangis pasal dia? Tah. Mungkin sebab dia tak kenal aku? Sayang ? Tak kot. Lepas tu bila aku fikir balik . Mungkin dia tak kenal aku ada dua sebab . Sama ada memang dia tak kenal sbb aku dah memang berubah, yelah dulu aku selebet kot and lagi satu aku tak pakai tudung lagi time dengan dia. Second reason maybe pasal dia tak nak girlfriend dia sekarang tahu pasal aku ? Dia taknak aku serang girlfriend dia? But for what aku nak serang kan. Aku tahu la aku just his past . Aku tak kejam lagi. Aku just nak mintak maaf je kot. Pasal lost contact dengan dia. Geram pulak kawan ni haa. Hishhh. Dah la tu pergi unfollow aku kat ig pulak tuh . Eh eh dia ni. Tah laa . Aku rasa macam pencarian aku ni tak berbaloi langsung . Tak ada moral aku cari dia.
Khamis, 16 Januari 2014
SEGAMAT MARI
Assalamualaikum . Lama dah guah tak update blog ni . Al-maklum . sejak sambung belajar ni . buzy jer memanjang . Now baru aku rase tianggal jauh dari family . Jaoh dari kawan yang faham aku . yang sentiasa nasihat aku . Yang jaga aku macam mak ayah aku jaga . Mula-mula datang sini . Jiwa aku kosong . Sebab aku tak tahu nak mengadu masalah aku dengan siapa . Yaa . memang aku ada kawan rapat kat sini . Tapi blok dia dengan blok aku jauh . Jadi satu masalah jugak buat aku nak ulang-alik dari bilik dia ke bilik aku . Dengan roomate aku yang kadang-kadang tak ada kat bilik nya . Aku jadi bosan . So , aku berani kan diri tegur kawan-kawan yang sama level aku . Alhamdulillah , aku boleh kamcing dengan diorang . Rupanya diorang pon sekepala dengan aku jugak . Lepas tuh , Aku try tegur roomate aku . Dia pon ok jugak . Da boleh buat bergurau da sekarang . Semua sebab classmate aku . Hahaha . Kalau dea tak ada . Mati kutu la aku duduk sini . So aku da boleh terima lah duduk kat Segamat ni . Walaupon Segamat ni sangat BERBEZA dengan Seri Iskandar . Tapi terimalah seadanya . Tapi tu la . aku mula rindu dengan roomate lama . Classmate lama . Akak-akak sebelah, depan bilik yang huru-hara sikit tuh . . Kelakar pulak bila ingat kisah lama tuh . Tapi semua tuh da lepas . Now kene pandai jaga diri dekat tempat orang . Apa-apa pon . aku masih ingat lagi kawan kawan aku yang dekat Klang tuh . Aku rindu diorang . Tak ada siapa boleh gantikan tempat korang . Pecayalah , aku masih Waney yang korang kenal dulu . Waney yang selalu di bahan , loading , and selalu buat apa yang aku nak . . Aku harap korang faham ehh . .
Selasa, 8 Oktober 2013
Pradip Seri Iskandar
UiTM SERI ISKANDAR . . suatu tmpat yang byk bagi aku pengajaran . . Mungkin kat sini lah bermulanya kisah hidup aku sebagai seorang pelajar . . Berjaohan dari family . . Kenal yang mana satu kawan . yang mana satu lawan . . lepas tu aku kenan bersaing ngn kawan aku sendiri untuk dapat markah lebih . . Dah nak habis sem dah . . Tak tahu lepas ni campak dekat mana lagi tah . . Kite start dari MDS okey . . Seminggu tu aku letih tak cukup tidur . . Bosan . Sebab kene dengar ceramah , . 😒😒 . . Tapi hari last tu sedih la sebab nak pisah dengan abang oc kan . Hik hik . Haa lupa nak habaq . . Kami jumpa budak sekolah high school time MDS tu . . Aku tanya lah dea . . Kenal aidi tak ? Dea cakap kenal . . Time tu dah berbunga dah hati teman ni haaa . . Seronok .. Bila tanya ada no telepon dea tak ? Ke fb ke ? Mamat tu selamba kata . Tak pon sebab aidi tu poyo je . . Ehhh . . Selamba kau nih . Aku hempuk karang tak jadi apa . And last conversation aku dengan dea . . Sebab aku tak ingat pon muka dia macam mana sebenarnya . . Lepas tu bermula lah kisah perjalanan aku dekat SI . Seronok sebab dekat dengan bandar . Kalau nak kurus boleh jalan je . . Tapi aku lagi suka nail bas . Hehe . . Aku rapat dengan Bella Mira Nas Eyna . Lepastu roomate kepoh aku si Dilla tuh lagi . Dengan akak jiran yang gilaa lagi . Lepas tu kenal senior selalu tunjuk ajar aku . . Best sangat duduk kat u ni rupanya . . Memula je aku rasa nak balik . . Nak duk bawah ketiak ibu . Tapi bila dah duk sini . . Aku happy sebab aku tahu aku boleh berdikari 😁😁
Langgan:
Catatan (Atom)