Khamis, 22 September 2016
SEBULAN LAGI
Siapa sangka aku dah hampir habis kan diploma. Banyak jugak la dugaan aku sem ni. Dari satu per satu masalah datang. Dari tak dapat kolej ke tak boleh nak register subject sampai satu tahap aku menangis cakap dengan ibu "aku giveup tak nak teruskan dah ." Nasib la ibu pandai pujuk aku. Yelah kasih ibu kan. Tahu kelemahan anak dia. Lepas tu dengan adik aku accident nasib baik tade apa-apa. Dengan perangai kawan lagi. Well... Dah duduk dekat U ni kan. Mana ada student yang tak ada masalah dengan member sendiri. Tipulah kalau kawan kau tu tak pernah sentap dengan perangai kau sendiri. Harap nya sem ni last laa untuk DIPLOMA IN BANKING ni. Penat weh nak mengadap. Hahahahaha. Boyfriend????? Emmm entah laaa. Aku pon tak tahu. Syahmin ada laa sekali kot aku jumpa dia masa before masuk sem. Lepastu hilang terbawa lukisan hatimu jelah. Aku tak tahu la apa masalah dia. Sampai boleh delete SEMUA gambar kitorang kat ig dia. Tak hangin pulak aku. Wahhhh. Aku delete gambar dia satu dalam ig aku. Bukan main lagi nak merajuk. Lani dia delte gambar aku. Ehhh dia jugak nak merajuk apahal. Kk citer pasal ig. Boleh pulak kene heck. Aduhhhh. Dah la ada dm dengan Aidi dalam tu. emm nasib sempat screenshot. Kalau tak sesia jee. Tak ada bukti, ehh kenangan maksudnya. Aidi??? Emm entah laaa. Kadang kadang aku rasa dia ni rapat je dengan aku. Macam dia tengah stalk aku jugak. Sebabnya kawan dia Hani tetiba like tweet aku wish birthday si aidi haritu. Padahal dia tak follow twitter aku pon. Emmm. Tapi aku rasa aku ni perasan jelah kot. Heh! Mana mungkin dia nak stalk aku. Dia sendiri kata dia tak kenal aku. Takkan dia nak menipu pulak kan. Tak ada sebab pon dia nak tipu aku. Tapi biar jelah. Aku berserah je. If ada miracle berjumpa lah balik. Aku cuma harap dia ingat aku balik jee. And if dia only say HAI dekat aku. Kau tengok aku kejar dia nanti macam mana. Tapi tu pon kalau dia say hai laaaaa. Kalau tak. Memang tak ada jodoh lattew 😔😔
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan